Bulan Bintang Azzim Zahid

Jenama Bulan Bintang telah dibina olehnya sejak berusia 19 tahun pada tahun 2016 dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang terhasil dari menjual baju T semasa zaman persekolahan

Pada diawal pembabitan jenama Bulan Bintang mereka hanya fokus kepada pakaian kurta dan mereka jadikan Luqman Podolski sebagai seorang model kurta pada tahun 2016. Kini mereka mampu membayar selebriti termuka seperti Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sebelum Sharnaaz menarik diri

Tahun 2023 adalah tahun yang terbaik buat Bulan Bintang apabila pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Bulan Bintang berjaya tersenarai dalam The Malaysia Book of Records. Dengan bajet sebanyak RM2 juta, mereka berjaya mengadakan pertunjukan fesyen pada Februari 2023 yang diberikan nama 'Takes The Sky' dengan menggunakan 350 unit dron, paling banyak dalam sejarah Malaysia.

Selang sebulan kemudian pada 4 Mac 2023, Bulan Bintang berjaya mengadakan satu konsert mega bertemakan muzik Islamik kontemporari dengan menampilkan beberapa artis terkemuka dari dalam dan luar negara antara yang terlibat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dato' M. Nasir, Salammusik. Raihan feat Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir dan penyanyi luar negara Sabyan dan penyanyi lagu dakwah dari Indonesia iaitu Opick.[2]